Wednesday, March 13, 2019





PENERANGAN:Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan yang berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas yang disediakan. Hasil kraftangan membawa kepentingan dalam kebudayaan dan keagamaan kaum di Sarawak. Misalnya, Sarawak menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang suku kaum seperti Kayan, Lun Bawang,Iban dan banyak lagi. Terdapat banyak kraftangan yang dihasilkan oleh suku kaum yang lain untuk memastikan generasi muda agar tidak lupa akan adat mereka dari turun-temurun. Bukan itu sahaja, melalui penghasilan kraftangan ini juga dapat menarik lebih ramai pelancong dari luar negara untuk mengetahui adat dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Ini adalah antara contoh kraftangan yang telah diperbuat oleh pelbagai suku kaum di Sarawak.



CONTOH-CONTOH KRAFTANGAN ORANG ULU:
TA'AH





  • Ta'ah ini diperbuat daripada baldu berhias labuci,manik motif harimau dan tumbuhan pakis. Biasanya, baju ini digunakan untuk pengantin baru yang mengikut adat nenek moyang dari turun-temurun serta digunakan untuk menari tarian tradisional orang ulu. Bukan itu sahaja, orang ulu juga dapat memperkenalkan baju tradisional orang ulu tersebut kepada penduduk tempatan atau pelancong luar melalui pertandingan model  yang telah diadakan.




KIREP



  • Kirep ini diperbuat daripada bulu enggang. Biasanya, kirep ini digunakan oleh orang olu iaitu dari pihak wanita untuk menari tarian tradisional semasa persembahan atau majlis kebesaran. Kirep ini amat popular dalam kalangan orang tua mahupun muda kerana ia dapat memberikan hiasan tangan yang cantik semasa menari.




SAPE



  • Sape ini merupakan alat muzik tradisional orang ulu. Selain itu, sape ini juga diperbuat dengan menggunakan sekeping kayu yang lembut seperti kayu Meranti. Manakala tali sape ini pula diperbuat daripada tali nilon dahulunya menggunakan pokok sagu. Sape ini digunakan dalam majlis kebesaran dan persembahan.




VIDEO MEMBUAT SAPE:





CONTOH-CONTOH KRAFTANGAN ORANG IBAN:SUGU TINGGI



  • Sugu tinggi dipakai di atas kepala untuk kaum iban wanita. Ianya juga dikenali sebagai talls combs iaitu perhiasan yang berwarna perak yang memberikan keunikan tersendiri dan kilauan yang menarik. Sugu tinggi ini diperbuat dari corak bunga-bunga. Bukan itu sahaja, sugu tinggi ini juga disokong oleh sugu pupung supaya tidak longgar semasa di pakai atas kepala pemakai.




TANGO



  • Tango ini diperbuat manik dan dihiasi dengan bebola kain bagi tujuan untuk menutupi dada. dan dipakai pada leher. Corak tango ini dihiasi corak yang menarik bagi mengikut citarasa masing-masing. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik iban dari etnik lain dengan mudah. 




SEMENTING RINGGIT





  • Sementing ringgit ini merupakan lingkaran tali pinggang dan ia ibarat tali pinggang wang. Selain itu, sementing ringgit ini juga dicantumkan dengan duit syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang banyak. Indu iban akan memakai sementing ringgit ini untuk menari dalam majlis kebesaran supaya dapat memukau tarian tersebut apabila sementing ini bergoyang mengikut lenggok badan penari.





VIDEO MEMBUAT SUGU TINGGI:







CONTOH-CONTOH KRAFTANGAN LUN BAWANG:PATA ULUH



  • Pata uluh ini merupakan salah satu aksesori bagi kaum wanita Lun bawang yang dipakai di atas kepala semasa menggunakan pakaian tradisional. Ia juga digunakan dalam persembahan atau majlis kebesaran.




RONG



  • Rong merupakan aksesori yang dipakai untuk menutup kepala seorang wanita daripada kepanasan. Selain itu, rong ini juga pernah digunakan semasa pertandingan tarian tradisional.




SIGAR


 

  • Sigar ini merupakan aksesori untuk kaum lelaki yang digunakan untuk melindungi bahagian kepala dan menunjukkan dia seorang pahlawan Lun Bawang.




SEJARAH MANIK SARAWAK
Sarawak telah wujud sejak zaman purba lagi. Sejak itu, manik-manik batu dan gelas dari pelbagai pelosok dunia digunakan dalam sistem perdagangan, penilaian dan upacara adat istiadat di Kepulauan Borneo. Manik kini mungkin dianggap tidak lagi begitu penting di dalam adat istiadat dan upacara, namun ia masih dipakai sebagai perhiasan dengan baju tradisional dan aksesori fesyen. Tidak hairanlah jika manik menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak perempuan. Manik juga pernah digunakan sebagai mata wang, hantaran perkahwinan, perhiasan diri dan barang-barang yang digunakan untuk tujuan pengebumian. Di samping itu manik juga boleh digubah menjadi pengendong bayi, beg tangan, alas tempat duduk,topi dan perhiasan-perhiasan lain.  








Sekian. Itu sahaja daripada saya. Saya harap anda dapat mengekalkan tradisi nenek moyang dari turun-temurun agar generasi yang akan datang dapat meneruskan generasi kita. Pelancong luar juga dapat mengenali tradisi kita dan ia dapat menarik perhatian mereka untuk kenal lebih mendalam lagi tradisi suku kaum Sarawak yang amalkan tradisi sejak turun-temurun. 






No comments:

Post a Comment

PENERANGAN: Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan yang berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkaka...